BUTIK ECLIPSE HIJAB
ECLIPSE HIJAB
Sunday, September 1, 2019
Tuesday, August 27, 2019
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Eclipse Hijab memulakan perniagaan secara rasmi pada 1 January 2017 &
merupakan sebuah perniagaan berbentuk perkongsian yang diusahakan oleh tiga
orang usahawan bumiputera. Perniagaan yang dijalankan secara atas talian(online) dan juga di butik ini menyediakan perkhidmatan jualan tudung. Hasil daripada gabungan
tenaga, kepakaran, pengalaman & idea, diharapkan Eclipse Hijab
dapat memenuhi kehendak serta kepuasan pelanggan dengan menawarkan produk pada
harga yang berpatutan, berkualiti & terkini mengikut peredaran fesyen
semasa. Kain yang kami gunakan adalah kain yang diimport daripada indonesia dan juga kedai kain yang berdekatan di butik kami. Setiap dua minggu sekali, kami bertiga pergi ke kedai kain yang berdekatan dengan butik kami untuk menambahkan stok dan warna tudung yang berkurangan. Hari-hari kami bertiga sangat sibuk dengan menguruskan hal-hal pelanggan, butik dan juga stok. Butik Eclipse Hijab adalah permulaan yang baru bagi kami dalam bidang perniagaan secara atas talian dan juga di butik.
MISI DAN VISI
MISI
Merealisasikan perniagaan Eclipse Hijab agar
berkembang maju, dinamik serta berdaya saing melalui pakatan berpasukan yang
teguh dan mantap sejajar dengan matlamat kerajaan dalam membangunkan ekonomi
bumiputera
VISI
VISI
1. Menawarkan produk yang berkualiti dan moden mengikut trend
fesyen terkini.
2. Memberikan inspirasi kepada kaum wanita masa kini tanpa
mengira usia, fizikal dan tahap pendapatan untuk penampilan anggun serta
bergaya.
3. Menyediakan perkhidmatan yang eksklusif dan terbaik kepada
setiap pelanggan yang berurusan dengan Eclipse Hijab
PENGENALAN PRODUK
Tudung merupakan satu tarikan dalam mengembangkan fesyen
tudung masa kini. Ini dapat menghapuskan pemikiran remaja untuk berfesyen
jikalau bertudung.Fesyen yang tudung kami pasarkan tidak terlalu sukar untuk
digayakan. Ianya merupakan trend masa kini dan memudahkan pemakaian tudung
serta menjimatkan masa. Fesyen tudung yang kami pasarkan menepati citarasa wanita masa kini dan walaupun ringkas tapi menarik dari segi reka bentuk, corak dan jenis tekstil. Fesyen tudung yang
kami pasarkan mempunyai pelbagai pilihan warna, saiz dan jenis fabrik yang
berbeza.
Subscribe to:
Posts (Atom)