Tuesday, August 27, 2019

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Eclipse Hijab memulakan perniagaan secara rasmi pada 1 January 2017 & merupakan sebuah perniagaan berbentuk perkongsian yang diusahakan oleh tiga orang usahawan bumiputera. Perniagaan yang dijalankan secara atas talian(online) dan juga di butik ini menyediakan perkhidmatan jualan tudung. Hasil daripada gabungan tenaga, kepakaran, pengalaman & idea, diharapkan Eclipse Hijab dapat memenuhi kehendak serta kepuasan pelanggan dengan menawarkan produk pada harga yang berpatutan, berkualiti & terkini mengikut peredaran fesyen semasa. Kain yang kami gunakan adalah kain yang diimport daripada indonesia dan juga kedai kain yang berdekatan di butik kami. Setiap dua minggu sekali, kami bertiga pergi ke kedai kain yang berdekatan dengan butik kami untuk menambahkan stok dan warna tudung yang berkurangan. Hari-hari kami bertiga sangat sibuk dengan menguruskan hal-hal  pelanggan, butik dan juga stok. Butik Eclipse Hijab adalah permulaan yang baru bagi kami dalam bidang perniagaan secara atas talian dan juga di butik.





No comments:

Post a Comment